SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Keselamatan Pelabuhan Malaysia Bil 1/2022 pada 8 Jun 2022 di pejabat SPPP di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).  Mesyuarat ini dianjurkan oleh Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA).

Antara tetamu kehormat yang hadir semasa majlis perasmian ialah Y. Bhg. Datuk Seri Mohamed Farid bin Abu Hassan dan Y. Bhg. Datin Seri Dato' Asmawati Ahmad. Kedua-duanya adalah merupakan Penasihat Keselamatan PLSB Group. Turut serta di dalam mesyuarat ialah Tuan Mohd Zamri bin Manjanib selaku wakil MAPA. Kehadiran tetamu dan ahli-ahli mesyuarat disambut oleh Pengurus Operasi dan Kawalselia SPPP iaitu Puan Norlida Saad binti Md Saad dan Tuan Puvanesingam a/l Veerasingan dari PPSB.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu keselamatan yang berkaitan di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Kira-kira 25 orang pegawai dan polis bantuan dari pelbagai agensi di bawah MAPA hadir di dalam mesyuarat tersebut. Antaranya ialah dari SPPP, Lembaga Pelabuhan Klang, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Lembaga Pelabuhan Rajang, Sabah Port Sdn. Bhd., Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd., Penang Port Sdn. Bhd., Westport, Northport, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Tanjung Bruas, Kuantan Port Consortium dan lain-lain.

 

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s