soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

24 MEI 2021 –  SUSULAN KEPUTUSAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) UNTUK MEMPERKETATKAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DALAM MENANGANI SITUASI PENDEMIK COVID-19, SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP) TELAH MENGARAHKAN KEPADA OPERATOR PERKHIDMATAN FERI DI PULAU PINANG IAITU PENANG PORT SDN. BHD. UNTUK MENGHADKAN KAPASITI PENUMPANG SEHINGGA 50 PERATUS SERTA MEMBUAT PENJADUALAN SEMULA PERKHIDMATAN FERI SEPANJANG PKP 3.0 MULAI 25 MEI 2021.

PENGUATKUASAAN KAPASITI PENUMPANG KEPADA 50 PERATUS SERTA PENJADUALAN WAKTU PERKHIDMATAN FERI SEPANJANG TEMPOH PKP 3.0 INI MELIPUTI PERKHIDMATAN FERI PENUMPANG BOT LAJU DI ANTARA SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL DI GEORGE TOWN DAN PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM DI BUTTERWORTH.  IA JUGA MELIBATKAN PERKHIDMATAN FERI UNTUK MOTOSIKAL DI ANTARA PANGKALAN RAJA TUN UDA DI GEORGE TOWN DAN PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM,  BUTTERWORTH.

PERKHIDMATAN FERI PULAU PINANG ADALAH MERUPAKAN MODE PENGANGKUTAN AWAM YANG PENTING DI PULAU PINANG.  NAMUN, BAGI MENGELAKKAN  PENULARAN PANDEMIK COVID-19, SPPP MENYOKONG LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN  AGAR PERHIMPUNAN DAN PERGERAKAN ORANG RAMAI DAPAT DIKURANGKAN BAGI MEMINIMUMKAN RISIKO JANGKITAN COVID-19.

SPPP AMAT BERHARAP AGAR PARA PENGGUNA PERKHIDMATAN FERI PULAU PINANG DAPAT BERSABAR DAN MEMAHAMI SITUASI SUKAR PADA KETIKA INI BAGI MEMASTIKAN RANTAIAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19 DAPAT DIPUTUSKAN.

TURUT DISERTAKAN JADUAL PERKHIDMATAN FERI PENUMPANG DAN FERI KENDERAAN MOTOSIKAL SEPANJANG TEMPOH PKP 3.0 UNTUK MAKLUMAN PARA PENGGUNA FERI PULAU PINANG.  JADUAL PERKHIDMATAN FERI INI AKAN BERUBAH DARI SEMASA KE SEMASA MENGIKUT PERKEMBANGAN SEMASA.

DATUK TAN TEIK CHENG,

PENGERUSI

SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

24 MEI 2021

 

-TAMAT-

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal,

No. 1A, Pesara King Edward, 10300

George Town, Pulau Pinang

 

Pertanyaan Media

Unit Khidmat Korporat, SPPP

Tel           +604 263 3211 

Faks         +604 263 2623

f1f2f3

 

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s