soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3
KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
 
FASA KETIGA PELEPASAN KARGO DI PELABUHAN MULAI 13-15 APRIL 2020
 
Melihat kepada keberkesanan proses pelepasan kontena-kontena di pelabuhan utama negara sepanjang fasa kedua operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka Kementerian Pengangkutan mendapati bahawa operasi ini perlu diteruskan menerusi pelaksanaan fasa ketiga.

Operasi pelepasan kargo ini akan bermula pada hari Isnin, 13 April 2020 hingga Rabu, 15 April 2020 bagi memastikan tidak timbul isu kesesakan di semua pelabuhan utama negara berikutan pelanjutan PKP sehingga 28 April 2020 sebagaimana yang diumumkan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Kerja-kerja pelepasan kargo fasa ketiga ini adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sepertimana yang digariskan sebelum ini untuk rujukan pengendali-pengendali pelabuhan berkaitan serta diperluaskan kepada Pelabuhan Klang, Johor, Pulau Pinang, Kuantan, Melaka, Bintulu dan Padang Besar yang bersempadan dengan Thailand. SOP sama turut dikongsikan kepada pelabuhan-pelabuhan yang dimiliki oleh kerajaan negeri masing-masing.

Sebelum ini, kerja-kerja pelepasan kargo telah dijalankan pada akhir bulan Mac dan awal April 2020. Ia terbukti berkesan dalam usaha mempercepatkan pergerakan kargo di pelabuhan-pelabuhan yang sesak. Pergerakan kargo ke destinasi akhir adalah sangat penting bagi memastikan rantaian bekalan barangan keperluan asas kepada rakyat tidak terganggu sepanjang tempoh PKP.

Ruang kapasiti di pelabuhan-pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang, Pulau Pinang dan Johor telah hampir kepada tahap maksima dan sekiranya tidak ditangani dengan segera maka ianya berupaya membantutkan pembekalan barangan keperluan di seluruh negara.

Langkah-langkah pelepasan barangan ini juga selari dengan Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2020 sejak PKP Fasa Kedua dikuatkuasakan dari 1 - 14 April 2020.

Dalam fasa kedua operasi pelepasan kargo sebelum ini, statistik kesesakan bagi bahagian import di kebanyakan pelabuhan menunjukkan penurunan antara 40% - 60% daripada ruang kapasiti maksima.

 

1 MOT fasa 3

 

2 MOT fasa 3

 
 
 
LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s