soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee telah mengadakan lawatan kerja ke Dermaga Butterworth, Pelabuhan Pulau Pinang pada 19 Jun 2020. Lawatan kerja tersebut adalah bagi melihat dan memantau status perkembangan industri perikanan negara. Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada program beliau untuk meninjau industri tuna di Pulau Pinang.

Turut mengiringi beliau di dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan iaitu Dato' Haji Zainal Azman bin Abu Seman, Setiausaha Bahagian Kementerian iaitu Encik Abdul Majid bin Mat, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato' Haji Munir bin Mohd Nawi, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia iaitu YM Raja Kahalid bin Raja Ariffin dan Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) iaitu Datuk Tan Teik Cheng, Pengurus Besar SPPP Puan Monaliza binti Suhaimi dan para pegawai kanan SPPP. Turut bersama di dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi Penang Port iaitu Encik Radhi bin Mohamad.

Di dalam lawatan tersebut beliau dan para delegasi berkesempatan menyaksikan operasi pendaratan ikan tuna yang dilakukan di dermaga W6, Dermaga Butterworth.

jfb1  jfb2

jfb3  jfb4

jfb5  jfb6

jfb7  jfb8

jfb9     jfb10

 

  

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s