soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng telah  mengadakan lawatan pemeriksaan ke terminal feri Pulau Pinang pada 22 Mei 2020.  Lawatan tersebut adalah susulan kenyataan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai penumpang feri Pulau Pinang yang tidak menjaga diri mereka dengan sewajarnya daripada Covid 19 ketika berada di terminal feri.

Semasa lawatan tersebut, Pengerusi SPPP telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh Rapid Ferry Sdn. Bhd. selaku operator perkhidmatan feri bagi memastikan penumpang feri menjaga penjarakan sosial dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antaranya ialah menghadkan jumlah penumpang feri antara 50 ke 60 orang pada satu-satu masa di dalam ruang menunggu dan di dalam feri.  Setiap penumpang feri juga akan diperiksan suhu badan masing-masing.  Kerusi di ruang menunggu dan juga di dalam feri ditandakan agar penumpang feri duduk berjauhan antara satu sama lain.  Ini bagi mengelak masing-masing duduk sebelah menyebelah dengan rapat.

Semua penumpang adalah diwajibkan beratur semasa hendak menaiki feri. Pihak Rapid Ferry telah menyediakan garisan kuning di terminal feri agar pelaksanaan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter diamalkan. Pintu pagar ruang menunggu hanya akan dibuka selepas semua penumpang beratur di kawasan yang disediakan.

Penumpang feri dilepaskan untuk masuk ke dalam atau keluar dari feri secara berperingkat iaitu dua orang dalam satu masa.  Ini bagi mengelak keadaan bersesak-sesak semasa masuk atau keluar dari feri.  Pemandu dan penumpang kereta juga tidak dibenarkan keluar dari kenderaan masing-masing semasa berada dalam terminal dan dalam feri.

WhatsApp Image 2020 05 22 at 12.50.44 PM

 

 
 
LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s