soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

News & Announcement

Galeri gambar Pelancaran Program 'Corporate Social Resposibility' (CSR) SPPP

 

SPPP telah melancarkan Program CSR SPPP 2019 pada 21 April 2019 bertempat di atas kapal SuperStar Gemini. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi SPPP iaitu Encik Jeffrey Chew Gim Eam dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar SPPP iaitu Puan Monaliza Suhaimi dan para pegawai kanan SPPP.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi mewar-warkan aktiviti CSR SPPP yang telah dirancang pada tahun 2019. Di dalam program yang bersejarah ini, SPPP telah mengadakan program sekolah angkat dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Perai. Sijil Pengiktirafan kepada sekolah tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi SPPP kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Perai iaitu Encik Azman bin Abdullah. Ia adalah bagi tempoh selama tiga tahun dari 1 Mei 2019 sehingga 30 April 2022.

Selain itu, SPPP juga akan menganjurkan program teknik menjawab soalan UPSR/PT3/SPM yang akan diadakan di sekitar Pulau Pinang pada Ogos dan September 2019 serta di Langkawi pada Ogos 2019.

Dalam majlis pelancaran di atas kapal SuperStar Gemini juga, SPPP bersama dengan pihak Star Cruises telah berkolaborasi untuk meraikan anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas. Seramai 30 orang anak-anak telah diraikan dengan pelbagai persembahan dan permainan. Ia adalah bagi memberi peluang kepada anak-anak dari rumah tersebut untuk merasai pengalaman berada di dalam kapal SuperStar Gemini. Rombongan ini diketuai oleh Pengerusi, Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti iaitu Encik Abdul Shukor bin Mohd Saad dan diiringi oleh 10 orang penjaga dan kakitangan dari rumah tersebut.

Turut meraikan anak-anak tersebut ialah Captain Jorgen Holmberg, Master of Vessel serta Encik Edwin Chung, Pengurus Hotel. Kedua-duanya dari SuperStar Gemini.

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s