soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) pada 3 Februari 2021 setelah Pengkalan Kontena Butterworth diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas (ZPB) berkuatkuasa pada 1 Februari 2021. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan penerangan daripada Unit Zon Bebas Komersil SPPP setelah SPPP dilantik sebagai Pihak Berkuasa Zon Bebas (PBZ) PKBU oleh Kementerian Kewangan bermula 1 Februari 2021.

Dalam lawatan tersebut, beliau dimaklumkan tentang latarbelakang pewartaan, proses-proses yang terlibat ke arah pewartaan yang telah bermula pada tahun 2018 dan juga peranan SPPP sebagai PBZ sebagai badan yang mengawalselia pematuhan Akta Zon Bebas 1990 dan Peraturan-peraturan Zon Bebas 1991, fasilitator perdagangan di ZPB, penyedia perundingan berhubung prosedur dan peraturan kepada pengguna pelabuhan, memastikan pembangunan infrastruktur di Zon Bebas di Pelabuhan Pulau Pinang diberi perhatian sewajarnya oleh pihak operator pelabuhan, memastikan syarikat operator dalam kawasan zon bebas menyimpan dan mengemaskini rekod bagi aktiviti zon, memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam zon menggunakan borang-borang yang ditetapkan seperti mana diperuntukkan di bawah Peraturan — Peraturan Zon Bebas 1991 dan mengemukakan laporan tahunan mengenai aktiviti, pengendalian, penerimaan dan perbelanjaan dan apa-apa maklumat berkenaan zon bebas kepada Kementerian Kewangan.

Beliau juga diberikan penerangan oleh PPSB tentang perancangan masa hadapan setelah PKBU diwartakan sebagai ZPB yang akan memberi fokus kepada aktiviti pindah kapal (transshipment) terlebih dahulu. Antara kemudahan-kemudahan yang bakal dinikmati oleh pengguna pelabuhan dengan status ZPB adalah pengurangan kepada Terminal Handling Charges, Consolidated Marine Charges dan lanjutan tempoh Free Storage Charges. PPSB dalam usaha menarik 10% kargo-kargo dari negara-negara di Teluk Benggala dan juga dari utara Sumatera. Dalam perancangan jangka panjang, penebusan guna tanah seluas 217 hektar yang mana akan dibangunkan 65 hektar yad kontena, 22 hektar halal hub dan 130 hektar sebagai distribution park akan menerima manafaat daripada pewartaan NBCT sebagai ZPB.

 

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s