1. BAHAGIAN KORPORAT
    Akuan terima kepada pengadu akan dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
    Maklum balas kepada pengadu mengenai tindakan/siasatan aduan akan diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

  2. PENGELUARAN LESEN (PENGENDALIAN KARGO DAN STEVEDORE)
    Pengeluaran lesen dibuat dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas mendapatkan kelulusan.

  3. PENGELUARAN PERMIT MENGANGKUT DALAM PELABUHAN
    Pengeluaran permit dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja tertakluk semua dokumen yang lengkap diterima.

  4. UNIT ZON BEBAS KOMERSIL
    Kelulusan pergerakan barangan Zon Bebas Komersil diberi dalam tempoh empat (4) jam tertakluk kepada proses permohonan yang lengkap.

  5. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN
    Pembayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima oleh  Unit Kewangan.

  6. UNIT KARGO BERBAHAYA
    Setiap permohonan pengendalian kargo berbahaya secara atas talian yang dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan akan diluluskan dalam masa dua (2) jam.