Soalan Lazim

Perbezaan di antara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn. Bhd.?

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang adalah Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia untuk Pelabuhan Pulau Pinang dan merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan. Manakala Penang Port Sdn. Bhd. merupakan operator pelabuhan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang untuk menjalankan operasi di Pelabuhan Pulau Pinang.

Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam Zon Bebas Komersil?

Aktiviti nilai tambah yang boleh dilaksanakan di dalam Zon Bebas Komersil ialah perdagangan pukal, pecah pukal, pembungkusan semula, penggredan, pelabelan semula, transit, pengurusan inventori, pick and pack, menjahit, mengukur, menguji dan memperkemas produk. Aktiviti-aktiviti gudang dan stesen penghantaran kontena.

Apakah waktu operasi perkhidmatan feri?

Pangkalan Sultan Abdul Halim (Butterworth) mulai jam 6.00 pagi. Feri terakhir beroperasi pada 12.30 tengah malam.
Pengkalan Raja Tun Uda (Pulau Pinang) mulai jam 5.30 pagi. Feri terakhir beroperasi pada 1.00 pagi.

Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di Tanjong City Marina dan tarif marina?

Kami menyediakan kemudahan-kemudahan berikut di Tanjong City Marina, sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimana untuk sampai ke Tanjong City Marina?

Setiap kapal layar perlu menghubungi Tanjong City Marina di saluran 68 VHF apabila melalui Pulau Rimau atau Pulau Jerejak, jika tiba dari arah Selatan atau semasa menuju arah timur selepas melepasi Tanjong Bungah atau pada bahagian starboard jika tiba dari arah barat laut.

Apakah jenis kargo yang dikendalikan di Pelabuhan Pulau Pinang?

Kargo am, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo kontena.

Adakah Pelabuhan Pulau Pinang mempunyai dermaga khusus untuk kargo import dan eksport?

Ya.  
- Dermaga Butterworth untuk kendalian kargo am dan kargo pukal cecair di Jeti Minyak Sayur.
- Pangkalan Kargo Pukal Prai untuk kendalian kargo pukal kering.
- Pangkalan Kontena Butterworth Utara untuk kendalian kontena.

Apakah TEU?

TEU adalah (unit persamaan dua puluh) untuk pengiraan kontena sepanjang dua puluh kaki.

Apakah peralatan yang digunakan untuk kendalian kontena di pelabuhan?

Peralatan yang digunakan untuk kendalian kontena di pelabuhan ialah kren gantri, kren gantri bertayar, lori dan treler.

Apakah bentuk sistem maklumat yang digunakan di Pelabuhan Pulau Pinang untuk kendalian kontena?

Sistem yang digunakan dikenali sebagai PELKON III dan merupakan sistem berintegrasi tinggi untuk operasi kendalian kontena di Pelabuhan Pulau Pinang.

Adakah pelabuhan beroperasi 24 jam?

Ya. Pelabuhan Pulau Pinang beroperasi 24 jam sehari, tujuh seminggu termasuk cuti umum.

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s