Jeti Swettenham

SPCT 001
SPCT 002

JETI SWETTENHAM

Sebagai pintu masuk utama para pelancong melalui jalan laut ke Pulau Pinang, Pelabuhan Pulau Pinang kini mampu menerima kapal-kapal pelancong terbesar di dunia dengan siapnya Swettenhem Pier Cruise Terminal pada November 2009.  Terminal baru ini dibina berbentuk T dan sepanjang 400 meter serta memiliki kedalaman 12 meter.

Terminal ini dilengkapi dengan bangunan setinggi 2 tingkat dengan keluasan 15,005 kaki persegi dan menyediakan kemudahan yang ideal bagi ketibaan dan pelepasan para penumpang. Terminal ini berupaya untuk menampung kapal-kapal persiaran dengan para penumpang melebihi 2,000 orang dan ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti lot-lot kedai dan kemudahan sistem pengangkutan.

Swettenham Pier Cruise Terminal yang terletak di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO bukan sahaja menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi untuk kapal-kapal persiaran tetapi juga bertindak sebagai penggerak industri pelancongan tempatan dan antarabangsa.

Koordinat GPS Swettenham Pier Cruise Terminal ialah 5.41907 N & 100.34553 E, parkir adalah di Jalan Tun Syed Sheh Barakbhah berhadapan Rumah Api Fort Conwallis.

Dermaga
  1. Panjang dermaga - 400 meter x 25 meter
    Kedalaman dermaga - 12 meter

  2. Panjang dermaga dalaman utara - 248 meter
    Kedalaman dermaga - 6.5 meter

  3. Panjang dermaga dalaman selatan - 219 meter
    Kedalaman dermaga - 5.5 meter

     
Jambatan Tretle
 

- 96 meter dan 54 meter

Kapasiti maksimum

- 90,000 tan

 
Bangunan
2 tingkat - Dewan Ketibaan

- Dewan Berlepas
- Kemudahan CIQ
- 8 Lot Kedai
- Pejabat
- Lain-lain

Google Maps
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s