SPPP telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Pelabuhan di Hotel The Light Seberang Jaya pada 23 Januari 2020.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi SPPP, Tuan Jeffrey Chew Gim Eam dan dihadiri oleh pelbagai agensi dan syarikat swasta yang berkepentingan di Pelabuhan Pulau Pinang.

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Pengurus Besar SPPP, Puan Monaliza binti Suhaimi dan pegawai-pegawai kanan SPPP.