Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang berbesar hati menerima kunjungan YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia pada 11 Januari 2020. Lawatan kerja YB Menteri ke SPPP adalah untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai industri kruis dan projek pembesaran SPCT (Swettenham Pier Cruise Terminal) serta pembangunan kawasan sekitar SPCT. Lawatan kerja ini disertai oleh Tuan Pengerusi SPPP, Encik Jeffrey Chew Gim Eam, Pengurus Besar SPPP, Puan Monaliza Suhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif PPSB, En Sasedharan, Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pegawai-pegawai Kanan SPPP, Kastam dan PPSB.