soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng telah melawat Jeti Minyak Sayur (VOTP) di Dermaga Butterworth pada 11 Jun 2020. Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Operasi Penang Port iaitu Encik Radhi bin Mohamad mengenai prestasi terminal tersebut.

Operasi Pelabuhan Pulau Pinang kembali aktif dengan pembukaan semula kilang-kilang tempatan di samping kegiatan ekonomi di negara China, Thailand dan negara-negara lain yang kembali beroperasi.

SPPP selaku Pihak Berkuasa Pelabuhan sentiasa bersama-sama dengan operator pelabuhan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk sama-sama memastikan aktiviti pelepasan kargo di Pelabuhan Pulau Pinang berjalan lancar.

Beliau dimaklumkan bahawa prestasi kendalian kargo adalah amat positif semasa Tahun Baru Cina dan bulan Mac, tetapi merosot pada bulan April akibat Covid-19. Jumlah kendalian kontena di Pelabuhan Pulau Pinang susut 12 peratus pada bulan tersebut. Walaupun terdapat peningkatan pada bulan Jun, namun sasaran kendalian sebanyak 1.5 juta TEU pada tahun ini bakal menghadapi kesukaran malah dijangka susut enam ke lapan peratus.

Jumlah kendalian kargo di dalam kawasan Zon Bebas juga susut kerana banyak kilang menghentikan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun ia dijangka meningkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana banyak kegiatan ekonomi kembali dibuka termasuk di selatan Thailand dan China. Kegiatan perdagangan tukar barang (barter trade) dengan Myanmar juga kembali aktif.

Datuk Tan memberi jaminan bahawa SPPP akan membantu sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi Pelabuhan Pulau Pinang di persada dunia.

votp1  votp3
 
votp5  votp6
votp7  votp8
votp2  votp9
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s