Instalasi Pelabuhan - Pelabuhan Pulau Pinang

Pelabuhan Pulau Pinang merupakan pelabuhan antarabangsa yang terletak di Selat Melaka. Ia telah mula beroperasi untuk perkapalan antarabangsa semenjak abad ke-18. Pelabuhan Pulau Pinang wujud untuk memberikan kemudahan kepada perdagangan rempah ratus dan kemudiannya berubah menjadi pelabuhan yang moden dan berkeupayaan tinggi di Asia. Pelbagai peralatan dan kemudahan moden disediakan bagi kendalian kontena, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo am.

Pelabuhan Pulau Pinang dihubungkan dengan rangkaian jalinan jalan raya dan jalan kerata api yang baik melalui Lebuhraya Utara Selatan mulai dari sempadan Malaysia - Thailand sehingga ke sempadan Malaysia - Singapura.

Terdapat juga landasan kereta api sepanjang 2.5 kilometer menghubungkan Pangkalan Kontena Butterworth Utara dengan stesen kereta api Butterworth. Jarak di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ke Pelabuhan Pulau Pinang hanya kira-kira 40 kilometer dan mengambil masa hanya 30 minit sahaja.

pgport map1
Google Maps
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank