Peranan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

1. Sebagai Pentadbir di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955, SPPP telah menjalankan tugasan yang berikut:

  1. Melaksanakan fungsi undang-undang.
  2. Menyelia aktiviti di dalam lingkungan pelabuhan.
  3. Melesenkan malim pelabuhan.
  4. Mengawal aktiviti marin melalui Jawatankuasa Pemaliman berkaitan disiplin malim, keselamatan di pelabuhan dan kemalangan marin.
  5. Menyelia aktiviti pelabuhan melalui pengeluaran lesen pesisir pantai dan permit mengangkut di pelabuhan dan lain-lain.
  6. Menggalakkan pembangunan pelabuhan.
  7. Menyelaras sistem maklum balas dari pengguna-pengguna pelabuhan.
  8. Promosi pelabuhan.

2. Sebagai Badan Kawal Selia di bawah Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990, SPPP:

  1. Bertindak sebagai tuan tanah yang memastikan tanah digunakan seperti yang telah dirancang.
  2. Sebagai pemajak di antara lain, memastikan bahawa tiada pengubahsuaian dijalankan ke atas struktur dan pelabuhan tanpa pengetahuan SPPP dan hanya boleh digunakan seperti yang tertera dalam perjanjian.
  3. Bertindak sebagai pelesen yang mengeluarkan lesen kepada syarikat yang beroperasi tertakluk kepada perjanjian.
  4. Mewujudkan dan memantau standard prestasi operator pelabuhan (PPSB) tertakluk kepada perjanjian Penswastaan dan Klausa 3 Lesen yang telah diberikan kepada PPSB.
  5. Mewujudkan sistem maklum balas dari pengguna pelabuhan dengan mengambil kira prestasi operator pelabuhan.

Pada November 1995, Parlimen telah meluluskan pindaan ke atas Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955. Melalui pindaan tersebut, kuasa dan pentadbiran SPPP telah dipanjangkan ke pelabuhan lain.

3. Sebagai Pusat Sumber Pelabuhan Wilayah Utara SPPP:

  1. Mengumpul data dan statistik yang berkaitan dengan pelabuhan dan aktiviti feri.
  2. Membekalkan statistik kepada agensi kerajaan dan pihak korporat.
  3. Memberi maklum balas mengenai perihal pelabuhan.
  4. Bertindak sebagai penghubung di antara kerajaan dan agensi swasta.
  5. Bertindak sebagai penasihat dalam perihal yang berkaitan aktiviti pelabuhan.
  6. Mempermudahkan kerja-kerja penyelidikan tentang aktiviti dan perkhidmatan feri.

4. Sebagai Pentadbir Zon Bebas Komersil di Dermaga Air Dalam Butterworth, SPPP:

  1. Memastikan perimeter ZBK dipagar atau membina dinding lengkap dengan jalan masuk dan keluar ke dermaga.
  2. Memastikan kawasan yang dipagar dipasang lampu yang berfungsi dari pukul 6.30 petang sehingga 7.30 pagi.
  3. Memastikan bahawa pihak kastam disediakan pejabat dan pemeriksaan dilakukan di kawasan pintu hadapan.
  4. Memastikan operator mematuhi Akta Zon Bebas Komersil 1990 dan Peraturan Zon Bebas 1991.
  5. Menyerahkan laporan tahunan tentang aktiviti ZBK kepada Menteri Kewangan.
  6. Memastikan bahawa operator mengawal segala pergerakan pengguna dan barangan yang masuk dan keluar dari ZBK.
  7. Memastikan operator menguruskan operasi selaras dengan tanggungjawab dan kepentingan kastam serta barangan bercukai yang disimpan di ZBK.
  8. Memastikan bahawa operator mematuhi segala arahan yang diberikan oleh Pengarah Kastam.

5. Berperanan Sebagai Fasilitator Perdagangan.

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s