soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Consul-General of Japan, Tuan Kanoya Shinichiro dan wakil konsulat Jepun telah mengadakan lawatan kerja ke Zon Perdagangan Bebas Pangkalan Kontena Butterwoth Utara (PKBU) pada 9 Mac 2021.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Puan Monaliza binti Suhaimi dan Ketua Pegawai Operasi, Penang Port Sdn. Bhd., Encik Radhi bin Mohamad serta para pegawai.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan pentadbiran dan pengoperasian PKBU setelah diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas pada 1 Februari 2021.

Dalam sesi tersebut, Consul-General of Japan, Tuan Kanoya Shinichiro dan wakil konsulat lain telah diberikan penerangan berkenaan peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) selaku Pihak Berkuasa Pelabuhan dan juga tanggunjawab tambahan selaku Badan Kawalselia selepas pengkorporatan Pelabuhan Pulau Pinang kepada Penang Port Sdn. Bhd (PPSB) pada 1 Januari 1994.

SPPP juga telah dilantik oleh Kerajaan selaku Pihak Berkuasa Zon Bebas di bawah Akta Zon Bebas ke atas instalasi Dermaga Air Dalam Butterworth yang telah diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas pada 11 Jun 1996 dan memulakan operasinya pada 1 Julai 1996.

Pada 1 Februari 2021, PKBU turut sama diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas dan SPPP meneruskan peranan dan fungsinya sebagai Pihak Berkuasa Zon manakala PPSB selaku pengendali Zon Bebas.

Consul-General of Japan, Tuan Kanoya Shinichiro dan wakil konsulat lain juga diberikan penerangan dengan halatuju perniagaan pelabuhan Pulau Pinang selepas pewartaan PKBU sebagai Zon Perdagangan Bebas dari aspek pelan pembangunan infrastruktur dan juga pemasaran pelabuhan. PPSB selaku pengendali pelabuhan dan Zon Bebas akan menumpukan kepada aktiviti transshipment kargo-kargo sekitar Teluk Benggala yang mana pada tahun 2020 terdapat lebih kurang 8 juta TEUs kargo-kargo berpotensi di sekitar kawasan tersebut.  Pelabuhan Pulau Pinang akan menjadi hub persinggahan sebelum kargo-kargo tersebut akan bergerak ke negara-negara Timur Jauh termasuk Jepun.

 

 

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s