SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Instalasi Pelabuhan - Jeti Teluk Ewa

Melalui satu perintah menteri, SPPP (Teluk Ewa) telah ditubuhkan sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia di Pelabuhan Teluk Ewa, Langkawi, Perluasan bidang kuasa ini adalah selaras dengan pindaan Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 (Seksyen 80A) dan seterusnya operasi di Jeti Teluk Ewa Langkawi diswastakan oleh Kerajaan Malaysia. Berikutan penswastaan, bidang kuasa SPPP telah diperluaskan ke Pelabuhan Teluk Ewa.

Bagi pengendalian kargo di Jeti Teluk Ewa, SPPP (Teluk Ewa) telah melesenkan Kedah Cement Jetty Sdn. Bhd. (KCJSB) sebagai operator pelabuhan untuk tempoh konsesi selama 30 tahun. Sebagai operator pelabuhan di Jeti Teluk Ewa, KCJSB bertanggung jawab untuk mengutip semua hasil di Jeti Teluk Ewa mengikut peruntukan Undang-undang Kecil Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Skala, Kadar dan Dius), 1998 kecuali bagi dius pelabuhan.

SPPP (Teluk Ewa) yang berperanan sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia merupakan satu entiti yang berasingan dari SPPP. Namun demikian, urusan harian SPPP (Teluk Ewa) diluruskan sendiri oleh Pihak Pengurusan dan kakitangan SPPP. Begitu juga dengan Lembaga Pengarah, di mana Lembaga Pengarah SPPP (Teluk Ewa) merupakan individu yang sama dilantik dalam Lembaga Pengarah SPPP kecuali pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

telokewa map

Jeti Teluk Ewa terletak di atas tanah seluas 45 hektar di pantai utara Pulau Langkawi. Jeti ini telah siap dibina dalam bulan November 1982 dan mulai beroperasi pada bulan September 1984. Ukuran panjang jeti ini adalah 330 meter manakala panjang sub-jeti adalah sebanyak 150 meter. Dermaga tambahan sepanjang 157 meter telah dibina pada tahun 1993 bagi menampung jumlah kendalian kargo yang semakin meningkat.

Jeti Teluk Ewa ini digunakan untuk mengangkut bahan mentah dan alat gantian bagi kilang simen di Teluk Ewa serta juga untuk pengeksportan simen.

Sebelum 1 Januari 1999, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bertindak sebagai pentadbir Jeti Teluk Ewa sebelum Pihak Berkuasa Pelabuhan dilantik.

Sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia, fungsi-fungsi SPPP (Teluk Ewa) adalah seperti berikut:

  1. Menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawab yang berkaitan dengan:
    • Penggunaan kemudahan pelabuhan
    • Menguruskan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan pelabuhan
    • Menetapkan standard prestasi bagi kemudahan-kemudahan pelabuhan
    • Penguakuasaan
  2. Mengutip dius pelabuhan
  3. Memelihara laluan pintu masuk ke pelabuhan
  4. Perlesenan
Google Maps
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s