+60 4-263 3211
sppp@penangport.gov.my

Accessibility Features

A Font Size

Contrast

Features

  1. Utama
  2. Profil
  3. Latar Belakang
  4. SPPP

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Latar Belakang dan Sejarah Penubuhan SPPP

Pengenalan

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1956 di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955. Sebagai sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan, SPPP bertanggungjawab terhadap pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang. Tugas utama SPPP termasuk menyediakan dan menyelenggara kemudahan serta perkhidmatan pelabuhan dan feri, serta memajukan pembangunan dan penggunaan pelabuhan sebagai pelabuhan bertaraf antarabangsa di barat laut Semenanjung Malaysia.

Sejarah Pembangunan

1956 - Penubuhan SPPP

Ditubuhkan pada 1 Januari 1956 di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 sebagai Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan.

1994 - Penswastaan Operasi

Mulai 1 Januari 1994, operasi perkhidmatan pelabuhan dan feri telah diswastakan kepada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengikut Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990.

1995 - Perluasan Kuasa

Parlimen meluluskan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955, yang membolehkan kuasa SPPP diperluaskan ke pelabuhan lain.

1999 - Perluasaan Kuasa ke atas Jeti Teluk Ewa

Berkuat kuasa 1 Januari 1999, SPPP dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia bagi Jeti Teluk Ewa setelah penswastaan jeti tersebut.

Peranan & Tanggungjawab

Pihak Berkuasa Pelabuhan

  • • Pengurusan Pengeluaran lesen untuk aktiviti pelabuhan
  • • Meningkatkan kemajuan dan pembangunan pelabuhan
  • • Mengkoordinasikan aktiviti di pelabuhan
  • • Bertindak sebagai pemilik tanah di pelabuhan

Badan Kawal Selia

  • • Pengurusan Pengeluaran lesen pengoperasian pelabuhan kepada Operator Berlesen
  • • Menetapkan dan memantau prestasi operator yang dilantik
  • • Memastikan penggunaan tanah pelabuhan sesuai dengan perancangan

Pusat Sumber Pelabuhan Wilayah Utara

  • • Mengumpul dan membekalkan data serta statistik berkaitan pelabuhan
  • • Bertindak sebagai penghubung antara kerajaan dan agensi swasta
  • • Menyediakan maklumat kepada agensi kerajaan dan pihak korporat

Pentadbir Zon Bebas Komersil

  • • Menyelia dan memastikan pematuhan terhadap Akta Zon Bebas 1990
  • • Memastikan operator pelabuhan mematuhi Akta Zon Bebas Komersil 1990 dan Peraturan Zon Bebas 1991
  • • Mengawalselia kawasan Dermaga Air Dalam Butterworth dan Pangkalan Kontena Butterworth Utara

Fasilitator Perdagangan

  • • Sebagai pemudahcara aktiviti perdagangan
  • • Bertindak sebagai penasihat dalam perihal berkaitan aktiviti pelabuhan
  • • Menyelia pembangunan pelabuhan

Instalasi & Perkhidmatan

Instalasi

  • • Pangkalan Kontena Butterworth Utara
  • • Dermaga Air Dalam Butterworth
  • • Jeti Minyak Sayur
  • • Dermaga Prai
  • • Pangkalan Kargo Pukal Prai (PKPP)
  • • Swettenham Pier Cruise Terminal
  • • Jeti Teluk Ewa

Perkhidmatan

  • • Perkhidmatan Marin
  • • Zon Bebas Komersil
  • • Perkhidmatan Feri
  • • Bunkering
  • • Perkhidmatan Sampingan

Kedudukan Strategik

SPPP komited dalam mempromosikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan pilihan utama dalam Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Teluk Benggala, serta menjadi hab logistik dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

IMT-GT

Pelabuhan pilihan utama dalam Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand

Teluk Benggala

Hub perdagangan strategik di kawasan Teluk Benggala

NCER

Hab logistik dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara

Hubungi SPPP

Pejabat Utama

Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward, 10300 George Town, Pulau Pinang

Maklumat Korporat

Tel: +604-263 3211
Fax: +604-262 6211
Email: sppp@penangport.gov.my

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang