soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3
 
Pelabuhan merupakan nadi utama ekonomi Malaysia, memainkan peranan kritikal dalam perdagangan antarabangsa. Justeru, integriti di kalangan pihak berkepentingan seperti pengurusan pelabuhan, pekerja, pengusaha logistik dan agensi kerajaan adalah penting untuk memastikan kelangsungan operasi yang cekap, telus dan bebas daripada amalan tidak beretika serta rasuah.
 
Integriti melambangkan komitmen sesebuah organisasi untuk bertindak dengan jujur, adil dan bertanggungjawab dalam setiap operasi, seterusnya membentuk hubungan positif bersama pelbagai pihak yang terlibat. Bagi menunjukkan komitmen dalam operasi pihak berkuasa pelabuhan yang berintegriti, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah berjaya dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13 April 2021 dan pensijilan ini turut berjaya dilanjutkan sehingga tahun 2027. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh SPPP untuk menerapkan budaya kerja berintegriti adalah memastikan semua pegawai dan kakitangan melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah, mewujudkan Pernyataan Polisi Antirasuah sebagai garis panduan untuk mengendali, melaksana dan mentadbir urus perkara berkaitan integriti dan antirasuah. Polisi Memberi dan Menerima Hadiah sebagai panduan kepada warga SPPP berkenaan pengurusan hadiah. Seterusnya adalah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat yang membolehkan sesiapa sahaja membuat pendedahan mengenai salah laku dan yang terakhir adalah Kod Etika Pembekal yang menggariskan prinsip dan tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh setiap pembekal yang berurusan dengan SPPP. Selain itu, SPPP mencipta komitmen bersama pihak berkepentingan di dalam Pelabuhan Pulau Pinang dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sistem Pengurusan Antirasuah untuk turut serta mencegah rasuah daripada berlaku dalam pengurusan operasi pelabuhan. Sempena Hari Integriti Nasional yang disambut pada bulan November setiap tahun, SPPP menganjurkan Karnival Integriti Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Bersama Komuniti sebagai komitmen dan keperihatinan jabatan terhadap masyarakat bukan sahaja sebagai pihak berkuasa pelabuhan malah bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran bahawa integrity bukan sahaja perlu ada dalam diri pekerja malah ianya adalah penting untuk semua lapisan masyarakat.
 
SPPP mensasarkan sifar rasuah dalam sistem pengurusan perkhidmatan, penyelewengan dan salah guna kuasa melalui penerapan budaya kerja berkualiti dan berintegriti secara berterusan selaras dengan pelaksanaan MS ISO 37001:2016. Sehingga kini, SPPP berjaya mengekalkan sifar rasuah dan tiada aduan berkenaan salah laku direkodkan. Kejayaan SPPP juga telah dibuktikan dengan menerima Anugerah Perak bagi Anugerah Integriti, Governan dan Antirasuah (AIGA) 2023 anjuran Institut Integriti Malaysia di Majlis AIGA pada 22 Februari 2024 yang lalu.
LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s