SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pembangunan Masa Hadapan

Antara projek pembangunan masa hadapan Pelabuhan Pulau Pinang adalah seperti berikut:
 
furure dev
 

Dermaga Prai

Pelabuhan Pulau Pinang dalam perancangan untuk membangunkan semula dermaga Prai yang lama menjadi sebuah terminal yang moden untuk pengendalian batu kapur, bijih besi dan cement clinkers. Jumlah pelaburan bagi projek berkenaan dianggarkan sebanyak RM224 juta. Terminal baru ini akan mempunyai kedalaman sehingga 14 meter dan berupaya menerima vesel Panamax. Terminal ini juga akan dilengkapi dengan conveyor belt yang akan menghubungkan terus ke premis pengguna. Terminal ini juga akan mempunyai hubungan dengan national grid KTMB dan dijangka dapat mengendalikan 2 juta tan kargo pukal batu kapur, 2 juta tan kargo pukal bijih besi dan 1 juta tan pelbagai jenis kargo pukal.

Kemudahan Tangki Berpusat (CTF)

Projek kemudahan tangki berpusat ini akan terletak berhampiran Tol Bagan Ajam, Jalan Lingkaran Luar Butterworth di mana keluasannya dianggarkan sebanyak 100 ekar di sepanjang pantai. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan yang akan dibangunkan ini adalah pembinaan pelbagai jenis tangki minyak dan gas, terminal pengisian, kemudahan pengisian gas, drumming facilities, tangki pengadunan untuk bio diesel, lube dan bahan campuran serta gudang.

Anggaran kos projek berkenaan adalah sebanyak RM1.2 juta. Projek ini akan dijadikan sebagai hab untuk kargo cecair keluar/masuk di perairan Malaysia dan antarabangsa. Kedalaman di kawasan berkenaan dianggarkan sedalam 13.0 meter bagi kemudahan vessel bersaiz sehingga 50,000 tan. Dianggarkan sebanyak 700,000 metrik tan kargo cecair yang akan dikendalikan sebulan di kawasan tersebut.

Aktiviti-aktiviti Nilai Tambah dan Projek Tebus Guna Tanah

Sejumlah 1,000 ekar tanah akan ditebus guna di kawasan utara Pangkalan Kontena Butterworth Utara yang mana akan dibangunkan untuk yad kontena dan aktiviti-aktiviti nilai tambah seperti berikut:-

  • Aktiviti-aktiviti Zon Perdagangan Bebas (Zon Perindustrian Bebas/Zon Bebas Komersil)
  • Penggudangan/CFS dan aktiviti-aktiviti logistik
  • Kawasan pengagihan dan Inland Clearance Depot (ICD)
  • Tempat penyimpanan sejuk beku dan hab untuk barangan halal
  • Kemudahan Tangki Berpusat
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s