SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

KENYATAAN AKHBAR PENGERUSI S.P.P.P. UNTUK EDARAN SEGERA

PERKHIDMATAN FERI BARU PULAU PINANG DITERUSKAN

BERMULA 1 JANUARI 2021, PERKHIDMATAN FERI BAGI PENUMPANG , MOTOSIKAL DAN BASIKAL AKAN DIKENDALIKAN OLEH PPSB. PERKHIDMATAN FERI BAGI PENUMPANG ADALAH MENGGUNAKAN FERI LAJU. IA SELARAS DENGAN KENYATAAN DARI MENTERI PENGANGKUTAN YB DATO’ SERI WEE KA SIONG PADA 24 DISEMBER 2020, YANG INGIN MELIHAT PERKHIDMATAN FERI DI PULAU PINANG DINAIKTARAF SELEPAS MENGAMBILKIRA KESELAMATAN DAN DAYA TAHAN PERKHIDMATAN FERI. INI BAGI MEMASTIKAN PERKHIDMATAN FERI DAPAT TERUS BEROPERASI KEPADA PENGGUNA FERI PADA MASA-MASA HADAPAN DENGAN LEBIH EFISIEN.

OPERASI PERKHIDMATAN FERI BAGI PENUMPANG ADALAH ANTARA TERMINAL PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM DI BUTTERWORTH DAN SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL, DI SEBELAH PULAU. PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE SECARA PERCUMA AKAN DISEDIAKAN UNTUK MEMBAWA PENUMPANG YANG TURUN DI SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL KE PANGKALAN RAJA TUN UDA. PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE MEMUDAHKAN PENUMPANG FERI MENERUSKAN PERJALANAN MEREKA UNTUK MENAIKI BAS ATAU TEKSI DI PANGKALAN RAJA TUN UDA TANPA SEBARANG MASALAH.

PERKHIDMATAN FERI UNTUK MOTOSIKAL DAN BASIKAL PULA ADALAH MENGGUNAKAN FERI SEDIA ADA. OPERASI PERKHIDMATAN FERI BAGI MOTOSIKAL DAN BASIKAL ADALAH ANTARA PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM DAN PANGKALAN RAJA TUN UDA. PERKHIDMATAN FERI UNTUK KENDERAAN EMPAT TAYAR TIDAK AKAN DISEDIAKAN MULAI 1 JANUARI 2021.

PENGGUNAAN FERI LAJU SERTA FERI SEDIA ADA ADALAH MERUPAKAN LANGKAH INTERIM SEBELUM FERI BARU IAITU WATER BUS SERTA VEHICLE TRANSPORTER DIPERKENALKAN PADA 1 JULAI 2022 ATAU LEBIH AWAL LAGI. SEMASA TEMPOH INTERIM, KEDUA-DUA TERMINAL PANGKALAN RAJA TUN UDA DAN PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM AKAN DIUBAHSUAI DAN DINAIKTARAF BAGI MENGENDALIKAN FERI-FERI BARU DEMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN FERI YANG LEBIH CEKAP DAN TERMINAL YANG LEBIH SELESA KEPADA PENGGUNA FERI.

PENGGUNA FERI ADALAH DINASIHATKAN SUPAYA SENTIASA MENGIKUTI MEDIA SOSIAL SERTA LAMAN SESAWANG SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG ATAU PENANG PORT SDN BHD BAGI MENGIKUTI PERUBAHAN PADA JADUAL OPERASI FERI. PERUBAHAN JADUAL FERI AKAN BERLAKU DISEBABKAN KEPERLUAN UNTUK MENYELARAS KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN DENGAN KELANGSUNGAN OPERASI FERI.
SPPP MEMBERI JAMINAN BAHAWA PERKHIDMATAN FERI TIDAK AKAN TERPUTUS.

SPPP JUGA MEMBERI JAMINAN BAHAWA SEWAKTU TEMPOH INTERIM INI, TAMBANG FERI SEDIA ADA AKAN DIKEKALKAN. SPPP JUGA DENGAN SUKACITANYA MENGUMUMKAN BAHAWA MULAI 1 JANUARI 2021, PENGGUNA PERKHIDMATAN FERI LAJU AKAN MENIKMATI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA BAGI TEMPOH SELAMA 2 MINGGU.

BAGI MENGEKALKAN NILAI-NILAI SEJARAH SERTA ELEMEN IKONIK NEGERI PULAU PINANG, DUA (2) BUAH FERI SEDIA ADA AKAN DIUBAHSUAI SEBAGAI RESTORAN TERAPUNG, MUZIUM ATAU PELAYARAN PELANCONGAN YANG AKAN DAPAT MEMPERINGATI SUMBANGAN FERI-FERI PULAU PINANG KEPADA IDENTITI KEBUDAYAAN DAN WARISAN NEGERI INI.

SESI LAWATAN DAN TINJAUAN OPERASI PERKHIDMATAN FERI LAJU BERSAMA PIHAK MEDIA AKAN DIADAKAN PADA 28 DISEMBER 2020. PIHAK MEDIA BOLEH MELIHAT DENGAN LEBIH DEKAT SERTA MERASAI PENGALAMAN MENAIKI FERI LAJU SERTA PENINJAUAN SEKITAR TERMINAL.
DATUK TAN TEIK CHENG,
PENGERUSI
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG 26 DIS 2020
-TAMAT- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, Pesara King Edward, 10300
George Town, Pulau Pinang
Pertanyaan Media
Unit Khidmat Korporat, SPPP
Tel +604 263 3211
Faks +604 263 2623
E-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

kenyataan4kenyataan1kenyataan2kenyataan3

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s