soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berita & Pengumuman

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng telah memaklumkan bahawa SPPP telah bersetuju terhadap permohonan dari Persatuan Kebajikan Empunya dan Pemandu Teksi Jeti Pulau Pinang untuk mendapatkan tapak khas teksi di terminal feri bot laju, Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).  Kelulusan tersebut diberikan selepas Pengerusi persatuan iaitu Encik Tan Siew Kuan dan Bendahari persatuan iaitu Encik Leow Seong Khoon telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPPP bagi menyampaikan hasrat mereka yang memerlukan tapak mengambil penumpang kerana pihaknya mengalami kemerosotan penumpang yang menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Pengerusi SPPP telah mengarahkan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) untuk mengambil tindakan bersama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mendapatkan kelulusan bagi penyediaan tapak teksi di terminal bot laju di SPCT. 

Pihak Persatuan akan menyediakan pemandu teksi secara bergilir-gilir di tapak khas tersebut untuk mengambil penumpang dari feri bot laju di terminal.  Pengerusi SPPP memaklumkan bahawa melalui kerjasama dengan pihak PPSB, hasrat dari pihak Persatuan berkenaan kini dapat direalisasikan.  Beliau juga berharap para pemandu teksi tersebut dapat memberikan perkhidmatan yang selesa dan memuaskan kepada para penumpang di samping mematuhi SOP demi keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Pengerusi Persatuan iaitu Encik Tan Siew Kuan menyampaikan penghargaan kepada Pengerusi SPPP berikutan kelulusan tersebut semasa mengadakan lawatan bersama Pengerusi SPPP ke tapak khas teksi tersebut hari ini.

 

 

 

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s