soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berita & Pengumuman

SHAH ALAM, 29 Mac 2022 – Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) menjadi penaja bersama dalam penganjuran Seminar Kelestarian Integriti (SKI) yang bertajuk “Hilang Tak Berganti” anjuran para peserta Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 29 Bil 1/2022 telah dirasmikan oleh Ts Roseman bin Mat Jidin @ Jidin, Timbalan Pengarah Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. 

Seminar yang diadakan secara hibrid di Dewan Al-Jazari PSA ini telah dibarisi oleh 3 orang panel jemputan iaitu Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Tuan Roslan Hanapiah dari SP Setia Berhad dan Tuan Hamidun Abdullah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Program SKI merupakan projek akhir yang perlu dijalankan oleh para peserta Program CeIO bagi melengkapkan keseluruhan program yang telah berlangsung sejak 7 Februari 2022 hingga 29 Mac 2022. Di antara objektif SKI ini adalah sebagai salah satu program pengukuhan integriti yang memberi fokus kepada salah laku dan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan terutamanya di kalangan penjawat awam. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan kaedah dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang pegawai integriti bertauliah dalam usaha mendepani dan mencegah masalah ketirisan ini seterusnya memupuk budaya integriti yang tinggi di jabatan dan agensi masing-masing.

Pada masa yang sama, berlangsung juga Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Zakiah binti Hassan, Timbalan Pengarah (Akademik dan Latihan Asas) MACA di mana semua peserta telah menerima sijil penyertaan program selama lebih kurang 2 bulan ini.

Program SKI dan Majlis Penutup ini dianjurkan bersama PSA dan turut dijayakan dengan barisan penaja lain iaitu dari Suhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Jabatan Agama Islam Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang amat komited untuk menerapkan pendekatan toleransi sifar terhadap segala bentuk rasuah dan salah laku jenayah dalam sistem perkhidmatan yang disampaikan.

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s