soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berita & Pengumuman

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah mengadakan satu sesi engagement bersama komuniti nelayan kawasan Pulau Pinang Selatan pada 21 Mac 2023 bertempat di Restoran Pen Mutiara, Kompleks LKIM Batu Maung. Sesi engagement ini turut melibatkan operator Pelabuhan iaitu Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dengan kerjasama dari Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan. Ia dihadiri oleh Pengurus Kanan Operasi & Kawalselia SPPP iaitu Puan Norlida Saad binti Md Saad mewakili Pengurus Besar SPPP serta Pengurus Kepolisan, Kebombaan dan Keselamatan SPPP Tuan Mohd Syarmizar bin Mhd Nasir. Turut serta di dalam majlis yang diadakan ialah Encik Mohd Faizal bin Mohamad Saei mewakili Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang, Encik Hamid bin Rais mewakili LKIM, Encik V. Puvanesingam mewakili PPSB dan Encik Abdul Razak bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan yang merupakan tuan rumah kepada sesi engagement ini. Pegawai-Pegawai daripada SPPP dan PPSB turut hadir bagi menjayakan sesi ini.
 
Sesi engagement ini adalah merupakan program kedua yang berjaya diadakan selepas kali pertama dilaksanakan pada Oktober 2022. Program ini adalah merupakan platform ke arah mewujudkan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara pihak Pelabuhan Pulau Pinang dan komuniti nelayan di sekitar kawasan Pulau Pinang Selatan. Industri pelabuhan dan aktiviti nelayan memainkan peranan penting terhadap perkembangan ekonomi di Negeri Pulau Pinang dan kedua-duanya merupakan antara nadi utama kepada kelangsungan hidup masyarakat di negeri ini.
 
Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dengan komuniti nelayan mengenai aktiviti-aktiviti di dalam kawasan pelabuhan dan risiko serta impak bahaya yang wujud terhadap komuniti nelayan jika tidak berhati-hati ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di dalam kawasan tersebut. Sesi engagement ini diharapkan dapat memastikan agar kedua-dua aktiviti dalam kawasan Pelabuhan Pulau Pinang iaitu operasi pelabuhan dan aktiviti nelayan dapat dilaksanakan dengan lebih selamat pada masa akan datang.
 
Pihak SPPP turut memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian (food basket) kepada komuniti nelayan selepas sesi tersebut selesai.
 

 

 

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s