SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Acara

Dasar e-Penyertaan bertujuan untuk membudayakan penglibatan dan sumbangan warga untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan oleh SPPP, dan seterusnya memastikan kepuasan pelanggan. Penglibatan bersama warga mereka membolehkan kerajaan menyelami perspektif yang lebih luas, sumber-sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi memperbaiki segala keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas kepada hubungan yang produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan lebih utama lagi, tadbir urus yang lebih mantap.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan masyarakat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Saluran komunikasi termasuk Kaji Selidik Kepuasan, Perundingan Awam, Borang Maklum Balas, Undian Pendapat, Emel dan Laman-laman Rangkaian Sosial NRE seperti Facebook dan Twitter.

Terma dan syarat e-Penyertaan:

  1. Apa-apa kenyataan yang mencerminkan kecenderungan, diskriminasi, perkauman dan politik adalah dilarang sama sekali
  2. Bahasa kasar, serangan peribadi, kenyataan fitnah dan kesat adalah dilarang sama sekali
  3. Elak dari menggunakan bahasa yang tidak sesuai atau bahasa yang tidak senonoh
  4. Komen yang tidak relevan atau di luar konteks tidak dibenarkan
  5. Topik dan pautan web yang bersambung ke laman web pornografi adalah dilarang sama sekali
  6. Komen yang melanggar mana-mana hak undang-undang atau hak harta intelek tidak dibenarkan
  7. Iklan komersial seperti pertandingan, skim piramid, skim cepat kaya, hadiah atau tawaran percuma dan emel remeh dalam web adalah dilarang sama sekali
  8. Maklumat yang diberikan tidak mengandungi sebarang virus, kuda Trojan, cecacing, bom masa, but batal atau rutin pengaturcaraan komputer lain yang bertujuan untuk merosakkan, menjejaskan, memintas atau mencuri mana-mana sistem, data atau maklumat
  9. Pentadbir e-Penyertaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin kesahihan, ketepatan, atau kebolehpercayaan mana-mana komunikasi yang disiarkan oleh pengguna lain atau mengesahkan sebarang pendapat yang dinyatakan oleh pengguna. Anda mengakui bahawa sebarang kebergantungan pada bahan yang disiarkan oleh pengguna lain adalah atas risiko sendiri
  10. Pentadbir e-Penyertaan boleh menukar atau memadam mana-mana kandungan atau rencana pada bila-bila masa, dengan apa cara sekalipun, untuk apa-apa sebab atau tanpa sebab sekalipun
  11. Pentadbir e-Penyertaan akan mengkaji dan mengemaskini atau meminda dasar atau garis panduan dari semasa ke semasa tanpa perlu memberikan sebarang pengumuman/ notis terlebih dahulu
  12. Pengguna adalah tertakluk kepada terma dan syarat dasar atau garis panduan e-Penyertaan.

 

This page is under maintenance.

This page is under maintenance.

This page is under maintenance.

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s