SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Acara

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato' Haji Kamarudin bin Jaffar telah mengadakan lawatan kerja satu hari ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP). Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenal dengan lebih dekat Pelabuhan Pulau Pinang serta meninjau perkembangan terkini di pelabuhan.

Selain YB Timbalan Menteri Pengangkutan, delegasi dari Kemenerian Pengangkutan (MOT) yang turut serta di dalam lawatan berkenaan ialah Encik Mohamad Halim bin Ahmed iaitu Setiausaha Bahagian, Maritim MOT, Encik Mohamad Zasmi bin Abdul Talib, Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Pengangkutan dan Encik Mohd Afzan bin Azman, Penolong Setiausaha.

Semasa lawatan ke SPPP pada sebelah pagi di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), beliau telah diberikan taklimat oleh Pengurus Besar SPPP iaitu Puan Monaliza binti Suhaimi mengenai organisasi SPPP dan isu-isu terkini. Turut serta pada sesi taklimat tersebut ialah Pengerusi SPPP, Tuan Jeffrey Chew Gim Eam dan para pegawai kanan SPPP. Sebelum sesi taklimat beliau telah dibawa meninjau sekitar kawasan operasi di Waving Gallery, SPCT. Sementara itu pada sebelah petang, delegasi YB Timbalan Menteri Pengangkutan telah dibawa ke Pengkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) untuk sesi taklimat oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengenai operasi pelabuhan. Rombongan tersebut juga telah dibawa melawat ke dalam instalasi pelabuhan di PKBU, Dermaga Butterworth dan Pengkalan Kargo Pukal Prai.

 
 
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s