soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Acara

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Naik Taraf Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) bertempat di Waving Gallery, SPCT pada 11.30 pagi pada 1 Februari 2020.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Menteri Kewangan Malaysia YB Tuan Lim Guan Eng dan Menteri Pengangkutan Malaysia YB Tuan Loke Siew Fook. Turut serta di dalam majlis tersebut ialah Pengerusi SPPP, Tuan Jeffrey Chew Gim Eam, Pengurus Besar SPPP Puan Monaliza binti Suhaimi, Y.Bhg. Dato' Syed Mohamad Syed Murtaza, Pengerusi PPSB, Pengarah Urusan Kumpulan MMC Dato' Sri Che Khalib Mohamad Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSB, Encik Sasedharan Vasudevan. Majlis ini diadakan susulan perjanjian usahasama yang telah ditandatangani oleh PPSB dan Royal Caribbean Cruises Ltd. (RCL) pada 6 September 2018. Projek naik taraf ini melibatkan pemanjangan dermaga ke sebelah utara terminal dengan penambahan 220 meter dari struktur asal. Ia akan membolehkan dua buah kapal kruis bersaiz 'Oasis' untuk berlabuh pada satu-satu masa.

Selain itu, projek naik taraf ini turut melibatkan penstrukturan semula terminal sedia ada bagi meningkatkan kecekapan pengendalian penumpang, pembangunan gudang-gudang lama bagi tujuan aktiviti komersil dan kemudahan Ground Transport Area (GTA).

Kos keseluruhan projek ini ialah RM155 juta dan akan mengambil masa 24-36 bulan untuk disiapkan. Apabila siap, SPCT dijangka akan dapat menampung sehingga 12,000 orang penumpang kruis berbanding 8,000 orang pada masa kini. Selain itu, pada masa yang sama, satu Majlis Serah Tapak Gudang 5,7 dan 8 yang terletak di SPCT juga telah diadakan di antara SPPP dengan pihak Solaris Consortium Sdn. Bhd. Pada majlis tersebut, Pengurus Besar SPPP Puan Monaliza binti Suhaimi telah menyerahkan dokumen Serah Tapak Gudang 5,7 dan 8 kepada Pengerusi Eksekutif Solaris Consortium Sdn. Bhd. iaitu Tan Sri Alex Ooi yang antara lain akan melibatkan pembangunan semula gudang-gudang 5,7 dan 8. Majlis serah tapak ini turut disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Kewangan, YB Menteri Pengangkutan dan Pengerusi SPPP. Kos keseluruhan projek bernilai RM98 juta dan apabila siap, ia akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti waterfront, cafe, kedai cenderahati dan pelbagai lagi.

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s