SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Acara

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah menghantar pulang 150 buah kontena sisa plastik ke negara pengeksport yang kebanyakannya dari Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan Sepanyol. Pelabuhan Pulau Pinang telah menjadi salah satu pelabuhan utama untuk proses penghantaran tersebut selain dari Pelabuhan Klang dan Sarawak.

Majlis penghantaran sisa plastik di Pelabuhan Pulau Pinang telah diadakan di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) dan telah disaksikan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu YB Yeo Bee Yin pada 20 Januari 2020.

Beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia memandang serius isu kemasukan sisa plastik haram ke negara ini. Turut serta di dalam majlis tersebut ialah Pengerusi SPPP, Tuan Jeffrey Chew Gim Eam, Pengerusi Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Alam Sekitar, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan agensi-agensi berkaitan.

 
 
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s