SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Caj Bayaran Mengikut Kapal

DIUS PELABUHAN

  1. Pengguna pelabuhan hendaklah menjelaskan dius pelabuhan kepada Suruhanjaya berdasarkan PK bagi kapal yang memasuki Pelabuhan Pulau Pinang seperti berikut:

    Bil. PK Kapal Setiap meter atau sebahagian daripadanya
    (RM)
    1. Kapal berukuran sehingga 30 meter Tiada
    2. Kapal antara 31 meter dan 60 meter 1.95
    3. Kapal antara 61 meter dan 90 meter 3.90
    4. Kapal antara 91 meter dan 120 meter 8.45
    5. Kapal antara 121 meter dan 150 meter 18.85
    6. Kapal melebihi 150 meter 21.45
    7. Kapal penumpang:  
      i. Antara 61 meter dan 90 meter 1.95
      ii. Antara 91 meter dan 120 meter 4.55
      iii. Antara 121 meter dan 150 meter 9.75
      iv. Melebihi 150 meter 11.05

PEMALIMAN

1. Perkhidmatan pemaliman untuk memasuki atau meninggalkan pelabuhan adalah wajib bagi kapal 600 TBK dan ke atas.

2. Perkhidmatan pemaliman untuk menghimpit atau meninggalkan himpitan di dermaga adalah wajib bagi kapal 200 TBK dan ke atas.

3. Suruhanjaya boleh pada budi bicaranya sendiri mengarahkan seorang memalim kapal dan mengeluarkan bil ke akaun kapal tersebut.

4. Caj pemaliman dibayar mengikut masa yang dikira dari masa perkhidmatan diperlukan sehingga masa perkhidmatan tersebut disempurnakan.

5. Caj pemaliman adalah seperti berikut:

Bil. Perkhidmatan Setiap jam atau sebahagian daripadanya (RM)
1. Jam pertama 286.00
2. Setiap setengah jam berikutnya 143.00
3. Kapal yang tidak menggunakan memalim ketika bergerak dalam kawasan pemaliman 429.00
4. Di mana pemaliman dipohon dan kemudiannya dibatalkan atau diubah kurang daripada tiga (3) jam 143.00

6. Jika sesebuah kapal memohon untuk mendapatkan seorang memalim dan kemudiannya atas apa-apa sebab sekalipun perkhidmatan tersebut tidak digunakan, bayaran perkhidmatan pemaliman masih tetap dikenakan bermula dari masa memalim dipohon sehingga masa beliau kembali ke pangkalan mengikut perkara 1 dan 2 dari perenggan (5).

PENUNDAAN

  1. Caj untuk perkhidmatan penundaan hendaklah bermula dari masa kapal tunda dikerahkaan untuk operasi sehingga ke masa ia dilepaskan dari operasi tersebut.

  2. Caj-caj berikut hendaklah terpakai bagi penggunaan bot tunda untuk membantu atau mengalihkan kapal bagi operasi menghimpit atau meninggalkan himpitan atau untuk menunda kapal.

  3. (a) Di dalam lingkungan pelabuhan
    Bil.
     Perkhidmatan
    Setiap jam atau sebahagian daripadanya (RM)
    Sehingga 100 meter Melebihi 100 meter
    1. Jam pertama 364.00 598.00
    2. Setiap setengah jam berikutnya 182.00 299.00
    3. (i) Perkhidmatan penundaan dibatalkan – atau diubah 
    (ii) Di mana bot penunda dipohon tetapi dibatalkan sebelum operasi menghimpit dan meninggalkan himpitan dimulakan
    182.00 299.00
    (b) Di luar had pelabuhan
    Bil.
      Perkhidmatan
    Setiap jam atau sebahagian daripadanya (RM)
    Sehingga 100 meter Melebihi 100 meter
    1. Jam pertama 728.00 1,196.00
    2. Setiap setengah jam berikutnya 364.00 598.00
    3. (i) Perkhidmatan penundaan dibatalkan – atau diubah 
    (ii) Di mana bot penunda dipohon tetapi dibatalkan sebelum operasi menghimpit dan meninggalkan himpitan dimulakan
    182.00 299.00

TEMPOH HIMPITAN

  1. Caj tempoh himpitan hendaklah dibayar oleh setiap kapal yang menghimpit di dermaga Suruhanjaya berdasarkan klasifikasi jenis kapal. Caj ini termasuk kerja-kerja menghimpit dan meninggalkan himpitan tetapi tidak termasuk pengendali pelepasan kargo yang bekerja bersebelahan kapal.

  2. Caj tempoh himpitan adalah seperti berikut:

  3. Bil. Kapal Setiap meter setiap jam atau sebahagian daripadanya
    (RM)
    1. Kapal kargo 1.00
    2. Kapal penumpang / Kapal laut 0.50
    3. Kapal tangki untuk minyak sayuran 3.50
    4. Kapal tangki untuk bahan cecair lain 3.90
    5. Kapal pukal kering 1.30
    6. Kapal kontena 1.30

CAJ PENGENDALIAN PENUMPANG

  1. Caj pengendalian penumpang hendaklah dibayar oleh semua kapal penumpang atau kapal persiaran.

  2. Caj pengendalian penumpang dikenakan kepada setiap penumpang yang menyertai atau meninggalkan kapal bersama-sama termasuk penumpang yang transit untuk ke darat dan kembali.

  3. Caj pengendalian penumpang adalah seperti berikut :

  4. Bil. Jenis

    Bagi setiap orang
    (RM)

    1. Dewasa 6.50
    2. Kanak-kanak bawah 12 tahun 3.20
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s