SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Tidak kira dari berita, siaran media ataupun mendengarnya secara umum. Contohnya anda membuat panggilan ke Pelabuhan Pulau Pinang dan kemudian anda tersedar yang anda sedang menghubungi Pelabuhan Pulau Pinang yang lain. Anda mungkin tertanya-tanya adakah Pelabuhan Pulau Pinang beroperasi sebagai dua entiti yang berbeza. Ya,  sememangnya dua entiti yang berbeza. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan manakala Penang Port Sdn. Bhd. adalah Operator Pelabuhan yang dilantik. Kedua-dua organisasi ini memainkan peranan yang berbeza dalam bekerjasama membangunkan Pelabuhan Pulau Pinang.

Mengimbau kembali masa lalu, SPPP telah ditubuhkan pada 1 Januari 1956 sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan Pulau Pinang dibawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang,1955. SPPP mengambil alih perkhidmatan feri dan Penang Harbour Board , Dermaga Prai serta pentadbiran Keretapi Tanah Melayu sejak abad ke 19. Perubahan itu membawa kepada pemodenan pelbagai perkhidmatan, terbinanya beberapa terminal feri, dan juga beberapa kapal yang baru. Seterusnya pada tahun 1978, Pelabuhan Pulau Pinang menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan Roll-on Roll-off kepada kapal-kapal kontena. Selanjutnya pada tahun 1984, Pelabuhan Pulau Pinang memperkenalkan pangkalan kontena di Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) dan akhir sekali, memperkenalkan Pangkalan Kontena Butterwoth Utara (PKBU) pada tahun 1991.

Selari dengan polisi penswastaan kebangsaan yang dilaksanakan pada tahun 1990, operasi di pelabuhan telah diswastakan. Pada 1 Januari 1994 operasi di pelabuhan telah diswastakan kepada Penang Port Sdn. Bhd. (sebuah syarikat kerjasama milik Kementerian Kewangan). SPPP telah mengeluarkan lesen kepada Penang Port Sdn. Bhd di bawah Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990 (PPA,1990) dan satu Perjanjian Pengkorporatan telah diwujudkan di antara Kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn. Bhd. bagi tujuan pengendalian, pengurusan, penjagaan, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan, dan juga pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang. Pada tahun 2013, Pengendalian di pelabuhan itu telah diswastakan sepenuhnya apabila Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. mengambil alih daripada Kementerian Kewangan. PPSB dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan MMC bermula 2017.

2.0 Lokasi Ibu Pejabat

Pada masa ini, ibu pejabat Penang Port Sdn. Bhd. terletak di Tingkat 5 Penang Sentral di Butterworth berdekatan dengan terminal feri penumpang dan kenderaan:

Rajah 1: Ibu Pejabat Penang Port Sdn. Bhd.

ppsb1

 

Sementara itu, Ibu pejabat SPPP terletak di Tingkat 2 Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), No. 1A Pesara King Edward, George Town:

Rajah 2: Ibu Pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pinang

sppp1

 

Adalah jelas bahawa Penang Port Sdn. Bhd. adalah sebuah sektor swasta, dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang adalah sebuah Badan Berkanun dibawah Kementerian Pengangkutan. Jadi, apa perbezaan SPPP dan PPSB?

3.0 Tugas- tugas utama

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955, SPPP adalah Pihak Berkuasa Pelabuhan yang bertindak bagi tujuan yang berikut;

  1. Mengeluarkan lesen-lesen untuk aktiviti pelabuhan di Pelabuhan Pulau Pinang
  2. Meningkatkan kemajuan dan pembangunan pelabuhan
  3. Mengkoordinasikan aktiviti di pelabuhan
  4. Pemilik tanah di pelabuhan

Dibawah Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990 , SPPP adalah sebuah Badan Kawalselia yang bertindak bagi tujuan berikut;

  1. Mengeluarkan lesen pengoperasian pelabuhan kepada Penang Port Sdn. Bhd.
  2. Menetapkan dan memantau prestasi yang ditetapkan terhadap operator yang dilantik (PPSB)

Di bawah Akta Zon Bebas 1990, SPPP telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Zon Bebas yang mentadbir dan menyelia Zon Bebas Komersil (ZBK). Instalasi pelabuhan yang diwartakan sebagai ZBK adalah Dermaga Air Dalam Butterworth dan Pangkalan Kontena Butterworth Utara.

Penang Port Sdn. Bhd.

Penang Port Sdn. Bhd. lebih dikenali sebagai peneraju pelabuhan serbaguna serantau yang bertindak sebagai pintu gerbang ke Wilayah Utara Malaysia dan Selatan Thailand,  laluan utama Selat Melaka dan Teluk Benggala. PPSB menfokuskan terhadap perniagaan dalam pengendalian pelabuhan secara menyeluruh iaitu;

  1. Perkhidmatan Pengendalian Kargo – memuat naik dan memuat turun, penyimpanan, penghantaran kargo pukal dan kargo pukal cecair, pembungkusan dan pembukaan, dan aktiviti yang berkaitan masing-masing di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU), Dermaga Butterworth (DB), Pangkalan Kargo Pukal Prai (PKPP) dan Dermaga Prai;
  2. Perkhidmatan Marin – Perkhidmatan pemaliman dan tundaan, dan perkhidmatan keselamatan pelabuhan;
  3. Sekuriti, Kebombaan, keselamatan dan perkhidmatan bebas pencemaran – 24 jam kawalan akses, rondaan dan tindakan kecemasan;
  4. Perkhidmatan feri – Mengendali, menjaga, dan mengurus perkhidmatan feri yang mana menghubungkan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan lain-lain tempat turun yang berkaitan; dan
  5. Mengurus perkhidmatan kruis di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT)

3.1 Siapakah Pihak Berkepentingan mereka?

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Penang Port Sdn. Bhd (PPSB)

·         Kementerian Pengangkutan Malaysia

·         Ahli Lembaga SPPP

·         Kerajaan Persekutuan

·         Kerajaan Negeri Pulau Pinang

·         Kementerian-kementerian dan Jabatan Kerajaan

·         Pemain Industri dan Pengguna Pelabuhan

·         Penjual, Pembekal dan Rakan kongsi

·         Ahli Lembaga MMC Corporation Berhad

·         Agensi-agensi Kerajaan

3.2 Pelabuhan Pulau Pinang

instalasi

Rajah 3: Instalasi Pelabuhan (sub-gambar menunjukkan had kawasan pelabuhan)

Bidang Kuasa adalah seperti yang berikut:

Instalasi Penang Port Sdn. Bhd: (Pangkalan Kontena Butterworth Utara, Dermaga Air Dalam Butterworth, Jeti Minyak Sayur, Limbungan Bagan Dalam, Pangkalan Kargo Pukal Prai, Pangkalan Raja Tun Uda, Pangkalan Sultan Abdul Halim)

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang: Seluruh kawasan dalam had pelabuhan dan semua instalasi pelabuhan.

4.0 Struktur Organisasi

Bagi melihat Carta Organisasi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang secara penuh, sila lawat:

https://www.penangport.gov.my/en/profile/organisation-chart (Bahagian Pengurusan) 

https://www.penangport.gov.my/en/profile/organisation (Ahli Lembaga Pengarah) 

Bagi melihat Carta Organisasi Penang Port Sdn. Bhd. secara penuh, sila lawat:

https://www.penangport.com.my/Profile/Management-Team (Bahagian Pengurusan) 

https://www.penangport.com.my/Profile/Board-of-Directors (Ahli Lembaga Pengarah) 

 

ppcppsb

 

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s