SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PENANG PORT

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Puan Monaliza binti Suhaimi telah merasmikan pelancaran Emergency Response Coordination Plan (ERCP) Penang Port Commission pada 30 November 2021 di pejabat SPPP di NB Tower, Butterworth.

Majlis perasmian tersebut telah diadakan melalui aplikasi zoom dan turut disertai secara maya oleh pihak operator pelabuhan Penang Port Sdn. Bhd, (PPSB) dan terminal-terminal minyak seperti Shell, Chevron serta Petron. Turut serta ialah agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut Malaysia dan lain-lain.

ERCP Penang Port Commission adalah merupakan langkah proaktif SPPP untuk membuat pengukuhan terhadap Emergency Response Plan sedia ada.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap koordinasi pengurusan pelan tindakan kecemasan di dalam kawasan pelabuhan. Ia melibatkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan pengalaman pihak-pihak yang terlibat di dalam industri pelabuhan.

Sesuai dengan peranan SPPP sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan, SPPP telah membangunkan ERCP dan bertanggungjawab sebagai penyelaras di dalam mengkoordinasi pelan tindakan kecemasan tersebut.

Selaras dengan pelancaran ERCP Penang Port Commission, satu latihan menangani kecemasan di Pelabuhan Pulau Pinang Tahun 2021 telah diadakan secara table top pada tarikh yang sama. Selain SPPP . agensi yang turut terlibat dalam menjayakan latihan menangani kecemasan ini ialah Jabatan Laut Malaysia, Penang Port Sdn. Bhd, Shell, Chevron dan Petron.

Tujuan latihan tersebut diadakan adalah untuk menilai sejauhmana tindakan yang boleh dilaksanakan oleh setiap agensi berkenaan sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan melibatkan ancaman keselamatan, kemalangan mahupun kebakaran di dalam kawasan pelabuhan dan terminal masing-masing.

 

 

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s