soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) pada 13 Januari 2021 selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang mulai 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.  Lawatan tersebut adalah untuk memastikan kerja-kerja pelepasan kargo berjalan lancar dan bekalan barangan keperluan kepada rakyat tidak terjejas terutama menjelang Perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam lawatan tersebut, beliau  memaklumkan bahawa SPPP dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) akan sentiasa bekerjasama dengan semua agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia agar proses pelepasan kargo di PKBU semasa pelaksanaan PKP sentiasa mematuhi SOP serta garis panduan yang ditetapkan.

Beliau amat berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama penuh dalam mematuhi SOP sepanjang 14 hari pelaksanaan PKP serta mengetepikan perbezaan politik demi mengharungi pandemik Covid-19 untuk kesejahteraan rakyat.

Pada kali ini, YB Menteri Pengangkutan telah mengarahkan agar semua proses pelepasan barangan keperluan dan bukan keperluan di Pelabuhan Pulau Pinang dijalankan serentak agar industri tidak terjejas. Untuk rekod, semasa pelaksanaan PKP pada 18 Mac hingga 8 Mei 2020, YB Menteri Pengangkutan mengarahkan pelaksanaan pelepasan kargo bagi barangan bukan keperluan dilaksanakan dalam empat fasa di pelabuhan-pelabuhan utama Malaysia. 

 

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s