Komitmen perkhidmatan SPPP kepada pelanggan dengan standard kualiti yang ditetapkan dan prestasi cemerlang
SPPP berkomitmen menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan standard masa yang ditetapkan untuk setiap kategori perkhidmatan
Akuan terima kepada pengadu akan dibuat dalam tempoh 24 jam bekerja.
Maklum balas kepada pengadu mengenai tindakan/siasatan aduan akan diberi dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.
Pengeluaran lesen dibuat dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas mendapatkan kelulusan.
Pemakluman kelulusan lesen dibuat dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas pembayaran lesen dibuat.
Pengeluaran permit dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja tertakluk semua dokumen yang lengkap diterima.
Kelulusan pergerakan barangan Zon Bebas Komersil diberi dalam tempoh empat (4) jam tertakluk kepada proses permohonan yang lengkap.
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima oleh Unit Kewangan.
Setiap permohonan pengendalian kargo berbahaya secara atas talian yang dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan akan diluluskan dalam masa dua (2) jam.
Prestasi cemerlang dengan pencapaian 100% dalam semua kategori perkhidmatan
Kami menghargai maklum balas anda untuk memastikan standard perkhidmatan yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan dapat dicapai dan dipertingkatkan.