+60 4-263 3211
sppp@penangport.gov.my

Accessibility Features

A Font Size

Contrast

Features

  1. Utama
  2. Profil
  3. Peranan Suruhanjaya

Peranan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia

Asas Perundangan

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 dan dipinda pada November 1995 untuk memperluaskan kuasa dan pentadbiran ke pelabuhan-pelabuhan lain.

Akta Penubuhan
Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955

Fungsi Utama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Perundangan & Pentadbiran

Melaksanakan fungsi perundangan, menyelia aktiviti pelabuhan, dan mengeluarkan lesen serta permit

Promosi & Koordinasi

Menggalakkan pembangunan pelabuhan dan bertindak sebagai penghubung kerajaan-swasta

Peranan SPPP

Pentadbir Pelabuhan

Sebagai pentadbir di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955, SPPP bertanggungjawab melaksanakan fungsi undang-undang, menyelia aktiviti dalam lingkungan pelabuhan, melesenkan malim pelabuhan, mengawal aktiviti marin, dan menggalakkan pembangunan pelabuhan.

Badan Kawal Selia

Di bawah Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990, SPPP berperanan sebagai badan kawal selia yang memastikan tanah digunakan seperti yang dirancang, mengeluarkan lesen kepada syarikat yang beroperasi, dan memantau standard prestasi operator pelabuhan.

Pusat Sumber Pelabuhan Wilayah Utara

SPPP mengumpul data dan statistik berkaitan pelabuhan dan aktiviti feri, membekalkan statistik kepada agensi kerajaan dan pihak korporat, serta bertindak sebagai penghubung antara kerajaan dan agensi swasta.

Pentadbir Zon Bebas Komersil (ZBK)

SPPP memastikan perimeter ZBK dipagar, menyediakan kemudahan pemeriksaan kastam, dan memastikan operator mematuhi Akta Zon Bebas Komersil 1990 serta Peraturan Zon Bebas 1991.

Fasilitator Perdagangan

SPPP berperanan sebagai pemudahcara aktiviti perdagangan dengan memastikan operasi pelabuhan berjalan lancar, mempromosikan pelabuhan sebagai hab logistik, dan meningkatkan kesedaran mengenai integriti dalam operasi pelabuhan.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang