+60 4-263 3211
sppp@penangport.gov.my

Accessibility Features

A Font Size

Contrast

Features

  1. Utama
  2. Profil
  3. Organisasi
  4. Perutusan Pengurus Besar

Perutusan Pengurus Besar

PERUTUSAN PENGURUS BESAR

PERUTUSAN PENGURUS BESAR

Tahun 2026 menandakan perjalanan tujuh dekad yang penuh erti bagi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sejak penubuhannya pada tahun 1956. Dalam tempoh tersebut, SPPP telah berkembang sebagai sebuah badan pengawalselia pelabuhan yang berwibawa, memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan pelabuhan yang seimbang, mampan dan berdaya saing. Sepanjang tujuh puluh tahun ini, SPPP terus mengekalkan komitmen terhadap tadbir urus pelabuhan yang efisien dan telus. Melalui pendekatan strategik dan pelaksanaan dasar yang progresif, SPPP telah memastikan operasi pelabuhan di bawah kawalannya berfungsi dengan lancar serta mampu memenuhi keperluan perdagangan dan industri yang semakin dinamik. Sambutan ulang tahun ke-70 ini menjadi detik refleksi terhadap pencapaian lalu dan hala tuju masa depan organisasi. Berteraskan Pelan Induk Pelabuhan Pulau Pinang 2023–2053, SPPP akan terus memacu Pelabuhan Pulau Pinang ke arah yang lebih berdaya saing melalui perancangan jangka panjang yang menyeluruh, merangkumi aspek pentadbiran, infrastruktur, keselamatan, inovasi teknologi dan kemampanan operasi. Pelan induk ini menjadi panduan utama dalam memperkukuh kedudukan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai hab perdagangan dan pelancongan maritim utama di rantau ini. Tema “Steering the Future from Heritage to Horizon” mencerminkan tekad SPPP untuk mengekalkan warisan yang dibina selama tujuh dekad, sambil melangkah ke hadapan dengan visi yang lebih luas dan berpandangan jauh. Dengan kekuatan organisasi, kepakaran tenaga kerja serta semangat kesepaduan yang tinggi, saya yakin SPPP akan terus menjadi peneraju dalam memperkukuh daya saing dan kecemerlangan pelabuhan negara. Sekian, terima kasih Dato’ V. Vijayaindiaran Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang